Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

TERMA RUJUKAN

Terma rujukan UMKEI sebagai Pusat Kecemerlangan dalam bidang keusahawanan adalah seperti berikut:

  1. Membangunkan dan mencadangkan polisi dan panduan berkaitan dengan agenda keusahawanan ke peringkat tertinggi UMK.
  2. Merangka dan membangunkan visi, misi, dasar dan pelan strategik UMK bagi setiap 5 tahun.
  3. Membantu UMK membuat pelan strategik keusahawanan UMK.
  4. Menganalisis dan mengukur keberkesanan pelan strategi keusahawanan UMK dan setiap aktiviti keusahawanan yang dijalankan.
  5. Mendaftarkan dan menyelaras semua aktiviti keusahawanan pelajar UMK sama ada dilaksanakan oleh UMKEI atau PTj di UMK.
  6. Sebagai platform untuk pendidikan keusahawanan melalui pembangunan modul keusahawanan dan latihan untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing di kalangan warga UMK dan juga orang awam.
  7. Mendaftarkan semua enterpris-enterpris terbitan pelajar UMK melalui Syarikat Siswa Universiti (SSU).
  8. Menyediakan Skim Pinjaman Mikro minimum RM2000 bagi satu enterpris.
  9. Membangunkan UMK Mall, UMK Kiosk dan enterpris pelajar.
  10. Menyediakan pangkalan data jalinan industri dan makmal keusahawanan dari  dalam dan luar negara.
  11. Mengumpul dan mempamerkan semua bahan-bahan rujukan keusahawanan, hasil penyelidikan keusahawanan, dan apa-apa maklumat berkaitan dengan keusahawanan.
  12. Melantik Pembimbing Keusahawanan (Entrepreneur Coach) bagi membimbing  bakal usahawan dari penyediaan pelan perniagaan hinggalah penubuhan enterpris. Pembimbing usahawan hendaklah dilantik dari pihak industri, usahawan dan juga akademia yang mempunyai pengalaman dalam keusahawanan atau perniagaan.
  13. Bekerjasama dengan pihak Fakulti dalam mana-mana aspek keusahawanan.
  14. Menganjurkan program-program keusahawanan seperti konvensyen, karnival, persidangan, seminar dan bengkel bagi UMK di peringkat nasional dan antarabangsa.

Melaksanakan lain-lain tanggungjawab yang berkaitan dengan keusahawanan sepertimana yang dikehendaki oleh pihak Pengurusan UMK dari semasa ke semasa.