OBJEKTIF INSTITUT
Fokus utama UMK-EI adalah untuk membangunkan dan melaksanakan modul pendidikan keusahawanan UMK yang inovatif kepada warga pelajar dan staf UMK.
Objektif spesifik UMK-EI adalah seperti berikut:
- Merangka dan membangunkan dasar dan pelan strategik keusahawanan UMK.
- Mewujudkan persekitaran keusahawanan serta ekosistem yang berasaskan pengetahuan (knowledge-based) dan kondusif.
- Menjadi pusat rujukan setempat bagi semua maklumat keusahawanan.
- Menyelaras dan mengukur keberkesanan semua aktiviti keusahawanan di UMK.
- Memberi pendidikan, latihan, khidmat nasihat dan bimbingan keusahawanan kepada semua warga UMK dan juga pihak luar.
- Mewujudkan jaringan keusahawanan dengan pihak industri dan ikon keusahawanan dari dalam dan luar negara.