Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color

LATAR BELAKANG

Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT telah dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 13 April 2010. Dasar tersebut bertujuan untuk menggalak serta memantapkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di IPT tempatan secara lebih terancang dan holistik. Dasar ini telah menggariskan enam (6) teras strategik untuk mencapai matlamat dasar.

 

Seterusnya Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2013-2015 telah dilancarkan pada 21 April 2013. Pelan tersebut bertujuan untuk memantapkan lagi pelaksanaan pendidikan dan pembangunan keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi IPT tempatan dan memastikan matlamat Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT tercapai. Pelan Strategik ini telah menggariskan enam (6) teras dasar yang telah ditambah baik berdasarkan enam (6) teras Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT.

Pada 27 Mei 2013, Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.6/2013 telah bersetuju secara dasar untuk menubuhkan UMK Entrepreneurship Institute (UMKEI). UMKEI akan menjadi pusat yang bertanggungjawab dalam menjayakan agenda keusahawanan universiti.

Pada 11 Julai 2013, Mesyuarat Jawatankuasa Penubuhan UMKEI telah diadakan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penubuhan UMKEI.

Seterusnya, Mesyuarat Khas Senat Bilangan 1/2013 pada 1 Ogos 2013 telah bersetuju meluluskan penubuhan UMK-EI.